Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Terma Perkhidmatan Dropbox

Disiarkan: 4 November 2015

Terima kasih kerana menggunakan Dropbox! Terma perkhidmatan ("Terma") ini merangkumi penggunaan dan akses anda kepada perkhidmatan, perisian klien dan web ("Perkhidmatan") kami. Jika anda tinggal di luar Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (“Amerika Utara”), perjanjian anda adalah dengan Dropbox Ireland, dan jika anda tinggal di Amerika Utara perjanjian anda adalah dengan Dropbox, Inc. Dasar Privasi kami menerangkan cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda sementara Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami menggariskan tanggungjawab anda semasa menggunakan Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini, dan untuk mengkaji dasar Privasi dan Penggunaan Boleh Diterima kami. Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami untuk organisasi, anda bersetuju dengan Terma ini bagi pihak organisasi tersebut.

Barang Anda & Keizinan Anda

Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda memberi kami perkara seperti fail, kandungan, mesej e-mel, kenalan anda dan sebagainya ("Barang Anda"). Barang anda adalah kepunyaan anda. Terma ini tidak memberikan kami apa-apa hak kepada Barang Anda kecuali hak-hak terhad yang membolehkan kami menawarkan Perkhidmatan.

Kami perlukan keizinan anda untuk melakukan beberapa perkara seperti menghos Barang Anda, menyandarkannya, dan berkongsinya apabila diminta oleh anda. Perkhidmatan kami juga menyediakan anda dengan ciri-ciri seperti gambar kenit foto, pratonton dokumen, pengaturan e-mel, penyusunan mudah, suntingan, perkongsian dan pencarian. Ciri-ciri ini dan yang lain mungkin memerlukan sistem kami untuk mengakses, menyimpan dan mengimbas Barang Anda. Anda memberikan kami keizinan untuk melakukan perkara-perkara itu, dan keizinan ini dilanjutkan kepada sekutu kami dan pihak ketiga yang dipercayai yang bekerjasama dengan kami.

Berkongsi Barang Milik Anda

Perkhidmatan kami membolehkan anda berkongsi Barang Anda dengan orang lain, jadi sila pertimbangkan dengan teliti tentang apa yang anda kongsi.

Tanggungjawab Anda

Anda bertanggungjawab atas tingkah laku anda, Barang Anda dan anda perlu mematuhi Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami. Kandungan di dalam Perkhidmatan mungkin dilindungi oleh hak harta intelek orang lain. Jangan salin, muat naik, muat turun atau kongsi kandungan melainkan anda mempunyai hak berbuat demikian.

Kami boleh mengkaji kelakuan dan kandungan anda untuk mematuhi Terma ini dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima. Walaupun begitu, kami tidak diwajibkan berbuat demikian. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan yang orang ramai catat dan kongsi melalui Perkhidmatan.

Sila lindungi kata laluan Perkhidmatan anda, pastikan orang lain tiada akses padanya, dan pastikan maklumat akaun anda sentiasa dikemas kini.

Akhir sekali, Perkhidmatan kami tidak ditujukan untuk dan tidak boleh digunakan oleh mereka yang berumur bawah 13 tahun. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda menyatakan bahawa anda melebihi 13 tahun.

Perisian

Sesetengah Perkhidmatan kami membenarkan anda memuat turun perisian klien ("Perisian") yang mungkin dikemas kini secara automatik. Selagi anda mematuhi Terma ini, kami memberikan anda lesen terhad, yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, dan boleh dibatalkan untuk menggunakan Perisian, semata-mata untuk mengakses Perkhidmatan. Setakat mana sebarang komponen Perisian boleh ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka, kami akan menjadikan lesen tersebut tersedia untuk anda dan peruntukan lesen tersebut dengan jelas boleh membatalkan beberapa Terma ini. Melainkan sekatan berikut dilarang oleh undang-undang, anda bersetuju untuk tidak menyongsangkan kejuruteraan atau menguraikan Perkhidmatan, mencuba berbuat demikian, atau membantu orang lain berbuat demikian.

Perkhidmatan Beta

Kami kadang-kadang mengeluarkan produk dan ciri-ciri yang kami masih sedang uji dan nilai. Perkhidmatan tersebut telah ditanda sebagai beta, pratonton, akses awal, atau penilaian (atau dengan perkataan atau frasa dengan maksud serupa) dan mungkin tidak begitu boleh diharapkan seperti perkhidmatan Dropbox yang lain, jadi sila ambil perhatian.

Barang Kami

Perkhidmatan dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, dan undang-undang AS dan negara asing yang lain. Terma ini tidak memberikan anda apa-apa hak, hak milik atau kepentingan dalam Perkhidmatan, kandungan orang lain dalam Perkhidmatan, cap dagangan, logo dan ciri-ciri jenama Dropbox yang lain. Kami mengalu-alukan maklum balas, tetapi ambil perhatian bahawa kami boleh menggunakan komen atau cadangan tanpa sebarang kewajipan kepada anda.

Hak cipta

Kami menghormati harta intelek orang lain dan meminta anda melakukan yang sama. Kami akan menjawab notis dakwaan pelanggaran hak cipta jika ia mematuhi undang-undang, dan notis seperti itu hendaklah dilaporkan menggunakan Dasar Hak Cipta kami. Kami berhak menghapuskan atau melumpuhkan kandungan yang didakwa melanggar dan menamatkan akaun pesalah berulang. Ejen khusus kami untuk notis dakwaan pelanggaran hak cipta berkenaan Perkhidmatan ialah:

Copyright Agent
Dropbox, Inc.
333 Brannan Street
San Francisco, CA 94107
copyright@dropbox.com

Akaun Berbayar

Bil. Anda boleh menambah ruang simpanan anda dan menambah ciri-ciri berbayar ke akaun anda (menjadikan akaun anda "Akaun Berbayar"). Kami akan menghantar bil kepada anda secara automatik dari tarikh anda menukar ke Akaun Berbayar dan setiap pembaharuan berkala sehingga pembatalan. Anda bertanggungjawab untuk semua cukai yang dikenakan, dan kami akan mengenakan cukai apabila dikehendaki berbuat demikian.

Tiada Bayaran Balik. Anda boleh membatalkan Akaun Berbayar Dropbox anda bila-bila masa tetapi anda tidak akan diberikan bayaran balik melainkan ia dikehendaki oleh undang-undang.

Turun Taraf. Akaun Berbayar anda akan kekal berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan atau ditamatkan di bawah Terma ini. Jika anda tidak membayar Akaun Berbayar anda pada masanya, kami berhak menggantungnya atau mengurangkan simpanan anda ke tahap ruang percuma.

Perubahan. Kami boleh mengubah kadar yang sedang digunakan tetapi akan memberi anda notis terlebih dahulu berkenaan perubahan ini melalui mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda.

Dropbox Business

Alamat e-mel. Jika anda mendaftar untuk akaun Dropbox dengan alamat e-mel yang disediakan oleh majikan anda, majikan anda boleh menyekat penggunaan Dropbox anda sehingga anda beralih kepada akaun Dropbox Business atau Dropbox Enterprise atau anda mengaitkan akaun Dropbox anda dengan alamat e-mel peribadi.

Menggunakan Dropbox Business atau Dropbox Enterprise. Jika anda menyertai akaun Dropbox Business atau Dropbox Enterprise, anda mesti menggunakannya dengan mematuhi terma dan dasar majikan anda. Sila ambil perhatian bahawa akaun Dropbox Business dan Dropbox Enterprise adalah tertakluk kepada kawalan majikan anda. Pentadbir anda akan boleh mengakses, mendedah, menyekat, atau membuang maklumat di dalam atau daripada akaun Dropbox Business atau Dropbox Enterprise anda. Mereka juga mungkin boleh menyekat atau menamatkan akses anda kepada akaun Dropbox Business atau Dropbox Enterprise. Jika anda menukar akaun Dropbox sedia ada menjadi akaun Dropbox Business atau Dropbox Enterprise, pentadbir anda boleh menghalang anda daripada menyahpaut akaun anda daripada akaun Dropbox Business atau Dropbox Enterprise.

Penamatan

Anda bebas untuk berhenti menggunakan Perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Kami juga berhak untuk menggantung atau menamatkan Perkhidmatan pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami dan tanpa notis. Contohnya, kami boleh menggantung atau menamatkan penggunaan Perkhidmatan jika anda tidak mematuhi Terma ini, atau menggunakan Perkhidmatan dengan cara yang akan menyebabkan liabiliti undang-undang kepada kami, mengganggu Perkhidmatan atau mengganggu penggunaan Perkhidmatan oleh orang lain. Kecuali bagi Akaun Berbayar, kami berhak untuk menamatkan dan menghapuskan akaun anda jika anda tidak mengakses Perkhidmatan kami selama 12 bulan berturut-turut. Kami akan memberikan anda notis melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda sebelum berbuat demikian.

Perkhidmatan "SEBAGAIMANA SEDIA ADA"

Kami berusaha untuk menyediakan Perkhidmatan yang baik, tetapi ada beberapa perkara yang kami tidak boleh jamin. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DROPBOX DAN SEKUTUNYA, PEMBEKAL DAN PENGEDARNYA TIDAK MENJAMIN, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, MENGENAI PERKHIDMATAN. PERKHIDMATAN DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA SEDIA ADA." KAMI JUGA MENAFIKAN SEBARANG JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN KETIDAKLANGGARAN. Sesetengah tempat tidak membenarkan penafian dalam perenggan ini, jadi ia mungkin tidak diguna pakai kepada anda.

Pembatasan Liabiliti

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KECUALI UNTUK SEBARANG LIABILITI BAGI PENIPUAN, GAMBARAN PALSU, ATAU KECUAIAN MELAMPAU DROPBOX ATAU SEKUTUNYA, YANG MANA DROPBOX, SEKUTU, PEMBEKAL DAN PENGEDARNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK:

(A) SEBARANG GANTI RUGI TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, PUNITIF, TELADAN ATAU BERBANGKIT, ATAU

(B) SEBARANG KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN, ATAU KEUNTUNGAN TANPA MENGIRA TEORI PERUNDANGAN.

INI TIDAK AKAN MENGIRA SAMA ADA DROPBOX ATAU MANA-MANA ​​SEKUTUNYA TELAH DIBERI AMARAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI SEPERTI ITU, DAN WALAUPUN JIKA REMEDI GAGAL DALAM TUJUAN ASALNYA.

DI SAMPING ITU, DROPBOX, SEKUTU, PEMBEKAL DAN PENGEDARNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK LIABILITI AGREGAT BAGI SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN PERKHIDMATAN UNTUK LEBIH DARIPADA $20 ATAU JUMLAH YANG DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA DROPBOX SELAMA 12 BULAN YANG LALU BAGI PERKHIDMATAN YANG BERKENAAN.

Sesetengah tempat tidak membenarkan jenis batasan dalam perenggan ini, jadi ia mungkin tidak diguna pakai kepada anda.

Menyelesaikan Pertikaian

Mari Cuba Selesaikan Terlebih Dahulu. Kami ingin menyelesaikan masalah anda tanpa memerlukan kes mahkamah rasmi. Sebelum memfailkan tuntutan terhadap Dropbox, anda bersetuju untuk cuba menyelesaikan pertikaian secara tidak rasmi dengan menghubungi dispute-notice@dropbox.com. Kami akan cuba menyelesaikan pertikaian ini secara tidak rasmi dengan menghubungi anda melalui e-mel. Jika pertikaian tidak diselesaikan dalam tempoh 15 hari setelah diserahkan, anda atau Dropbox boleh memulakan prosiding rasmi.

Forum kehakiman untuk pertikaian. Anda dan Dropbox bersetuju bahawa sebarang prosiding kehakiman untuk menyelesaikan tuntutan berkaitan dengan Terma atau Perkhidmatan ini akan dibawa di mahkamah persekutuan atau negeri San Francisco County, California, tertakluk kepada peruntukan timbang tara mandatori di bawah. Anda dan Dropbox bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa peribadi di mahkamah berkenaan.

JIKA ANDA PENDUDUK A.S., ANDA TURUT BERSETUJU DENGAN PERUNTUKAN TIMBANG TARA MANDATORI YANG BERIKUT:

Kita Berdua Setuju Untuk Menimbang Tara. Anda dan Dropbox bersetuju untuk menyelesaikan apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan Terma atau Perkhidmatan ini melalui timbang tara yang muktamad dan mengikat, kecuali seperti yang dinyatakan dalam Pengecualian terhadap Perjanjian untuk menimbang tara di bawah.

Memilih Keluar Daripada Perjanjian untuk Menimbang Tara. Anda boleh menolak perjanjian untuk menimbang tara ini dengan mengklik di sini dan menyerahkan borang pilih keluar dalam tempoh 30 hari selepas menerima Terma ini.

Prosedur Timbang Tara. American Arbitration Association (AAA) akan mentadbir timbang tara di bawah Peraturan Timbang Tara Komersil dan Prosedur Tambahan untuk Pertikaian Berkaitan Pelanggan. Timbang tara ini akan diadakan di daerah Amerika Syarikat di mana anda tinggal atau bekerja, San Francisco (CA), atau mana-mana lokasi lain yang kami persetujui.

Yuran dan Insentif Timbang Tara. Peraturan AAA akan mentadbir pembayaran bagi semua yuran timbang tara. Dropbox akan membayar semua yuran timbang tara untuk tuntutan kurang daripada $75,000. Jika anda menerima keputusan timbang tara yang lebih baik daripada apa-apa tawaran yang kami buat untuk menyelesaikan tuntutan, kami akan membayar anda $1,000 sebagai tambahan kepada keputusan itu. Dropbox tidak akan menuntut upah dan kos guaman timbang tara kecuali penimbang tara menentukan bahawa tuntutan anda remeh.

Pengecualian terhadap Perjanjian untuk Menimbang Tara. Anda atau Dropbox boleh membuat tuntutan, jika layak, di mahkamah tuntutan kecil di San Francisco (CA) atau mana-mana daerah Amerika Syarikat yang anda tinggal atau bekerja. Mana-mana pihak boleh membuat tuntutan mahkamah semata-mata untuk relief injunksi untuk menghentikan penggunaan tidak bertauliah atau penyalahgunaan Perkhidmatan, atau pelanggaran hak harta intelek (contohnya, tanda dagang, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak paten) tanpa terlebih dahulu terlibat dalam timbang tara atau proses penyelesaian pertikaian tidak rasmi seperti yang diterangkan di atas. Jika perjanjian untuk menimbang tara itu didapati tidak boleh diguna pakai kepada anda atau tuntutan anda, anda bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah negeri dan persekutuan di San Francisco County, California untuk menyelesaikan tuntutan anda.

TIADA TINDAKAN BERKUMPULAN. Anda hanya boleh menyelesaikan pertikaian dengan kami secara individu, dan tidak boleh membawa tuntutan sebagai plaintif atau ahli kumpulan dalam tindakan berkumpulan, penggabungan, atau berwakil. Timbang tara kumpulan, tindakan kumpulan, tindakan peguam negara secara sulit, dan penggabungan dengan timbang tara yang lain tidak dibenarkan.

Undang-undang yang Mengawal

Terma ini akan ditadbir oleh undang-undang California kecuali untuk percanggahan prinsip undang-undangnya, melainkan sebaliknya diperlukan oleh undang-undang mandatori bagi sebarang bidang kuasa lain.

Keseluruhan Perjanjian

Terma ini merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dan Dropbox berkenaan kandungan Terma ini, dan ia membatalkan dan menggantikan sebarang perjanjian sementara yang lain sebelum ini, atau terma dan syarat yang terpakai terhadap kandungan Terma ini. Terma ini tidak mewujudkan hak benefisiari pihak ketiga.

Penepian, Kebolehasingan & Penyerahan

Kegagalan Dropbox untuk menguatkuasakan peruntukan bukanlah penepian bagi haknya untuk berbuat demikian selepas ini. Jika peruntukan didapati tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan Terma selebihnya akan terus berkuat kuasa sepenuhnya dan terma yang boleh dikuatkuasakan akan digantikan mencerminkan hasrat kami sebaik mungkin. Anda tidak boleh menyerahkan sebarang hak anda di bawah Terma ini, dan sebarang cubaan adalah tidak sah. `

Pengubahsuaian

Kami boleh menyemak semula Terma dari masa ke masa, dan akan sentiasa menyiarkan versi terkini pada laman web kami. Jika semakan mengurangkan hak-hak anda, kami akan memaklumkan anda (contohnya dengan menghantar mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda, menyiarkan di blog kami atau pada halaman ini). Dengan terus menggunakan atau mengakses Perkhidmatan selepas semakan berkuat kuasa, anda bersetuju untuk diikat oleh Terma yang disemak semula.

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Dasar Keselamatan Dropbox

Disiarkan: 3 Oktober 2016

Terima kasih kerana menggunakan Dropbox! Di sini kami menjelaskan cara kami mengumpul, mengguna dan mengendalikan maklumat anda apabila anda menggunakan laman web, perisian dan perkhidmatan kami (“Perkhidmatan”).

Apa & Mengapa

Kami mengumpul dan menggunakan maklumat berikut untuk menyediakan, memperbaiki dan melindungi Perkhidmatan kami:

Akaun. Kami mengumpul dan mengaitkan dengan akaun anda, maklumat seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon, maklumat pembayaran, dan alamat anda. Sesetengah perkhidmatan kami membolehkan anda mengakses akaun anda dan maklumat anda dengan pembekal perkhidmatan yang lain.

Perkhidmatan. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, kami menyimpan, memproses dan menghantar fail anda (termasuk barang seperti gambar anda, data berstruktur dan e-mel) dan maklumat yang berkaitan dengannya (contohnya, tag lokasi dalam gambar). Jika anda memberikan kami akses ke kenalan anda, kami akan menyimpan kenalan tersebut pada pelayan kami untuk anda gunakan. Ini akan memudahkan anda untuk melakukan perkara seperti berkongsi barang anda, menghantar e-mel, dan menjemput orang lain untuk menggunakan Perkhidmatan.

Penggunaan. Kami mengumpul maklumat daripada dan tentang peranti yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan. Ini termasuk perkara seperti alamat IP, jenis pelayar dan peranti yang anda gunakan, laman web yang anda lawati sebelum masuk ke laman web kami, dan pengecam yang berkaitan dengan peranti anda. Peranti anda (bergantung pada tetapannya) boleh juga menghantar maklumat lokasi kepada Perkhidmatan.

Kuki dan teknologi-teknologi lain. Kami menggunakan teknologi seperti kuki dan tag piksel untuk menyediakan, memperbaiki, melindungi dan mempromosi Perkhimatan kami. Contohnya, kuki membantu kami dengan perkara seperti mengingati nama pengguna anda untuk lawatan anda yang seterusnya, memahami cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami, dan memperbaikinya berdasarkan maklumat tersebut. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk tidak menerima kuki, tetapi ini mungkin membataskan keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan. Jika sistem kami menerima isyarat DNT:1 daripada pelayar anda, kami akan bertindak balas terhadap isyarat tersebut seperti yang digariskan di sini.

Dengan siapa

Kami mungkin berkongsi maklumat seperti yang dibincangkan di bawah, tetapi kami tidak akan menjualnya kepada pengiklan atau pihak ketiga yang lain.

Pihak lain yang bekerja untuk Dropbox. Dropbox menggunakan pihak-pihak ketiga tertentu yang dipercayai (contohnya, pembekal sokongan pelanggan dan perkhidmatan IT) untuk membantu kami menyedia, menambah baik, melindungi, dan mempromosikan Perkhidmatan kami. Pihak-pihak ketiga ini akan mengakses maklumat anda hanya untuk melaksanakan tugas bagi pihak kami menurut Dasar Privasi ini, dan kami akan terus bertanggungjawab ke atas pengendalian maklumat anda seperti arahan kami.

Pengguna lain. Perkhidmatan kami memaparkan maklumat seperti nama dan alamat e-mel anda kepada pengguna lain di beberapa tempat seperti profil pengguna dan pemberitahuan perkongsian anda. Ciri-ciri tertentu membolehkan anda mendedahkan maklumat tambahan kepada pengguna lain.

Aplikasi lain. Anda juga boleh memberi pihak ketiga akses ke maklumat dan akaun anda - contohnya melalui API Dropbox. Hanya ingat bahawa penggunaan maklumat anda akan ditadbir oleh dasar privasi dan terma mereka.

Pentadbir Dropbox Business, Enterprise & Education. Jika anda pengguna Dropbox Business, Dropbox Enterprise atau Dropbox Education, pentadbir anda mungkin mempunyai keupayaan untuk mengakses dan mengawal akaun Dropbox Business, Enterprise atau Education anda. Sila rujuk dasar dalaman organisasi anda jika anda mempunyai pertanyaan tentang ini. Jika anda bukan pengguna Dropbox Business, Enterprise atau Education tetapi berinteraksi dengan pengguna Dropbox Business, Enterprise atau Education (contohnya, dengan menyertai folder kongsian atau mengakses fail yang dikongsi oleh pengguna itu), ahli organisasi itu mungkin dapat melihat nama, alamat e-mel dan alamat IP yang dikaitkan dengan akaun anda pada masa interaksi tersebut.

Undang-undang & Perintah. Kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga jika kami pasti bahawa pendedahan tersebut diperlukan secara munasabah untuk (a) mematuhi undang-undang; (b) melindungi seseorang daripada kematian atau kecederaan fizikal yang serius; (c) mencegah penipuan atau penyalahgunaan Dropbox atau pengguna kami, atau (d) melindungi hak harta Dropbox.

Pengawasan data anda penting bagi kami dan merupakan tanggungjawab yang kami rangkul. Kami percaya bahawa data pengguna kami harus menerima perlindungan undang-undang yang sama tanpa mengira sama ada ia disimpan pada perkhidmatan kami atau pada pemacu keras komputer di rumah mereka. Kami akan mematuhi Prinsip Permintaan Kerajaan yang berikut semasa menerima, meneliti dan membalas permintaan kerajaan (termasuk permintaan keselamatan negara) untuk data pengguna kami:

  • Sentiasa telus,
  • Mempersoalkan permintaan yang tidak spesifik,
  • Melindungi semua pengguna, dan
  • Menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai.
Sila lawati Prinsip Permintaan Kerajaan dan Laporan Ketelusan kami untuk maklumat lebih lanjut.

Bagaimana

Keselamatan. Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi mengekalkan keselamatan maklumat anda dan menguji sebarang kelemahan. Kami juga terus berusaha memperbaiki ciri-ciri untuk mengekalkan keselamatan maklumat anda di samping perkara seperti pengesahan dua faktor, penyulitan fail ketika rehat, dan amaran apabila peranti dan apl baru dikaitkan ke akaun anda.

Pemegangan. Kami akan memegang maklumat yang anda simpan pada Perkhidmatan kami selagi kami memerlukannya untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Jika anda menghapuskan akaun anda, kami juga akan menghapuskan maklumat ini. Tetapi sila ambil perhatian: (1) mungkin akan terdapat kelewatan dalam menghapuskan maklumat ini daripada pelayan dan storan sandaran kami; dan (2) kami boleh memegang maklumat ini jika perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian, atau menguat kuasa perjanjian kami. Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda dengan log masuk ke akaun Dropbox anda. Ketahui lebih lanjut di sini.

Di mana

Di seluruh dunia. Untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda, kami boleh menyimpan, memproses dan menghantar maklumat di Amerika Syarikat dan lokasi-lokasi di seluruh dunia - termasuk yang di luar negara anda.  Maklumat juga boleh disimpan secara tempatan pada peranti yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan.

EU-U.S. Privacy Shield dan U.S.-Swiss Safe Harbor. Apabila memindahkan data dari Kesatuan Eropah, Kawasan Ekonomi Eropah, dan Switzerland, Dropbox bergantung pada pelbagai mekanisme undang-undang, termasuk kontrak dengan pengguna-pengguna kami. Dropbox mematuhi rangka kerja dan prinsip U.S.-Swiss Safe Harbor (“Safe Harbor”). Kami juga mengambil bahagian dalam EU-U.S. Privacy Shield Program (“Privacy Shield”) dan mematuhi rangka kerja serta prinsipnya. Anda boleh dapatkan pensijilan Safe Harbor Dropbox di sini, dan pensijilan Privacy Shield kami di sini. Anda juga boleh ketahui lebih lanjut tentang Privacy Shield di https://www.privacyshield.gov dan Safe Harbor di http://2016.export.gov/safeharbor/swiss/.

Dropbox tertakluk kepada penyeliaan oleh U.S. Federal Trade Commission. JAMS adalah organisasi bebas yang berpangkalan di AS yang bertanggungjawab untuk menyemak dan menyelesaikan aduan tentang pematuhan Privacy Shield dan Safe Harbor kami - tanpa sebarang caj kepada anda. Kami minta anda kemukakan sebarang aduan seperti itu secara langsung kepada kami terlebih dahulu melalui privacyshield@dropbox.com. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan kami, sila hubungi JAMS di https://www.jamsadr.com/eu-us-privacy-shield. Sekiranya aduan anda masih tidak diselesaikan oleh JAMS, anda berhak ke atas timbang tara di bawah Privacy Shield dan prinsipnya.

Perubahan

Jika kami terlibat dalam rombakan semula, penggabungan, ambil alih atau penjualan aset kami, maklumat anda mungkin akan dipindahkan sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut. Kami akan memaklumkan anda (contohnya, melalui mesej kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda) berkenaan sebarang perjanjian seperti itu dan menggariskan pilihan anda dalam keadaan tersebut.

Kami boleh menyemak semula Dasar Privasi ini dari masa ke masa, dan akan menyiarkan versi terkini di laman web kami. Jika semakan tersebut mengurangkan hak-hak anda, kami akan memaklumkan anda.

Maklumat hubungan

Ada soalan atau kebimbangan mengenai Dropbox, Perkhidmatan atau privasi kami? Hubungi kami di privacy@dropbox.com.

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Perjanjian Dropbox Business

Disiarkan: 14 September 2016

Perjanjian Dropbox Business ini (“Perjanjian”) dibuat antara Dropbox International Unlimited Company jika organisasi anda terletak di luar Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (“Amerika Utara”) atau, jika organisasi anda terletak di Amerika Utara, dengan Dropbox, Inc., sebuah perbadanan Delaware (setiap satu, “Dropbox”) dan organisasi yang bersetuju dengan terma-terma ini (“Pelanggan”). Perjanjian ini mentadbir akses kepada dan penggunaan perisian klien dan perkhidmatan Dropbox Business (bersama-sama, “Dropbox Business”), serta Perkhidmatan Beta yang disediakan untuk anda (bersama-sama, dengan Dropbox Business, “Perkhidmatan”). Dengan mengklik “Saya Bersetuju,” menandatangani kontrak untuk Perkhidmatan atau menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan Perjanjian ini sebagai Pelanggan.

Setakat Dropbox, Inc. memproses Data Pelanggan yang tertakluk kepada undang-undang negara yang melaksanakan Arahan Perlindungan Data EU (95/46/EC) ("Undang-Undang Perlindungan Data EU") bagi pihak Pelanggan, maka, dengan mengklik "Saya bersetuju," anda turut bersetuju dengan Fasal Kontrak Standard EU dengan Dropbox, Inc. bagi pemindahan data peribadi kepada pemproses yang dinyatakan dalam Jadual 1.

Jika anda menyetujui Perjanjian ini dan Jadual 1 (jika berkenaan) untuk penggunaan Perkhidmatan oleh sebuah organisasi, anda sedang bersetuju bagi pihak organisasi itu. Anda harus mempunyai kuasa untuk mengikat organisasi tersebut dengan terma-terma ini, jika tidak, anda tidak seharusnya mendaftar untuk Perkhidmatan.

  1. Perkhidmatan.
    1. Peruntukan Perkhidmatan. Pelanggan dan pengguna daripada akaun Perkhidmatan Pelanggan ("Pengguna Akhir") boleh mengakses dan menggunakan Perkhidmatan menurut Perjanjian ini.
    2. Kemudahan dan Pemprosesan Data. Dropbox akan menggunakan, sekurang-kurangnya, langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi piawaian industri untuk memindah, menyimpan dan memproses Data Pelanggan. Langkah-langkah ini direka untuk melindungi integriti Data Pelanggan dan mengelakkan daripada akses kepada, penggunaan, dan pemprosesan Data Pelanggan yang tidak bertauliah atau menyalahi undang-undang. Pelanggan bersetuju bahawa Dropbox boleh memindah, menyimpan, dan memproses Data Pelanggan di Amerika Syarikat dan lokasi selain daripada negara Pelanggan. Setakat mana Data Pelanggan tertakluk kepada Undang-undang Perlindungan Data EU dan diproses oleh Dropbox sebagai pemproses data yang bertindak bagi pihak Pelanggan (sebagai pengawal data), Dropbox akan menggunakan dan memproses Data Pelanggan seperti itu seperti yang diarahkan Pelanggan untuk menyediakan Perkhidmatan dan memenuhi kewajipan Dropbox di bawah Perjanjian ini. "Data Pelanggan" bermakna Data Disimpan dan Data Akaun. "Data Disimpan" bermakna fail dan data berstruktur yang diserahkan kepada Perkhidmatan oleh Pelanggan atau Pengguna Akhir. "Data Akaun" bermakna maklumat akaun dan hubungan yang diserahkan kepada Perkhidmatan oleh Pelanggan atau Pengguna Akhir.
    3. Pengubahsuaian terhadap Perkhidmatan. Dropbox boleh mengemas kini Perkhidmatan dari masa ke semasa. Jika Dropbox mengubah Perkhidmatan dalam keadaan yang mengurangkan kefungsiannya dengan ketara, Dropbox akan memaklumkan Pelanggan melalui alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun.
    4. Perisian. Sesetengah Perkhidmatan membolehkan Pelanggan memuat turun perisian Dropbox yang boleh mengemas kini secara automatik. Pelanggan boleh menggunakan perisian hanya untuk mengakses Perkhidmatan. Jika sebarang komponen perisian ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka, Dropbox akan menyediakan lesen itu kepada Pelanggan dan peruntukan bagi lesen tersebut boleh membatalkan beberapa terma Perjanjian ini.
    5. Perkhidmatan Beta. Dropbox boleh menyediakan ciri-ciri atau produk yang masih sedang diuji dan dinilai. Produk dan ciri-ciri ini dikenal pasti sebagai alpha, beta, pratonton, akses awal, atau penilaian (atau perkataan atau frasa dengan maksud serupa) (secara terkumpul, “Perkhidmatan Beta"). Walau apa jua yang bertentangan dalam Perjanjian ini atau dalam Jadual 1, terma-terma berikut akan diguna pakai kepada semua Perkhidmatan Beta: (a) anda boleh menggunakan atau menolak untuk menggunakan mana-mana Perkhidmatan Beta; (b) Perkhidmatan Beta mungkin tidak disokong dan boleh ditukar pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda; (c) Perkhidmatan Beta mungkin tidak begitu boleh diharapkan atau tersedia seperti Dropbox Business; (d) Perkhidmatan Beta belum tertakluk kepada langkah-langkah keselamatan dan pengauditan yang sama seperti Dropbox Business; dan (e) DROPBOX TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN BETA—GUNAKAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
  2. Kewajipan Pelanggan.
    1. Pematuhan. Pelanggan bertanggungjawab ke atas penggunaan Perkhidmatan oleh Pengguna Akhirnya. Pelanggan dan Pengguna Akhirnya harus menggunakan Perkhidmatan dengan mematuhi Dasar Penggunaan Boleh Diterima. Pelanggan akan mendapatkan sebarang persetujuan yang diperlukan untuk membenarkan Pentadbir terlibat dalam aktiviti yang diterangkan dalam Perjanjian ini daripada Pengguna Akhir dan untuk membenarkan Dropbox menyediakan Perkhidmatan. Pelanggan akan patuh dengan undang-undang dan peraturan yang dikenakan terhadap penggunaan Perkhidmatan oleh Pelanggan, jika ada.
    2. Pentadbiran Pelanggan bagi Perkhidmatan. Pelanggan boleh menentukan Pengguna Akhir sebagai "Pentadbir" melalui konsol pentadbir. Pentadbir boleh mempunyai keupayaan untuk mengakses, mendedah, menghalang atau membuang Data Pelanggan di dalam atau daripada akaun Perkhidmatan. Pentadbir juga boleh mempunyai keupayaan untuk memantau, menghalang, atau menamatkan akses kepada akaun Perkhidmatan. Tanggungjawab Dropbox tidak meliputi pengurusan atau pentadbiran dalaman bagi Perkhidmatan. Pelanggan bertanggungjawab untuk: (i) mengekalkan kerahsiaan kata laluan dan akaun Pentadbir; (ii) menguruskan akses kepada akaun Pentadbir; dan (iii) memastikan penggunaan Perkhidmatan oleh Pentadbir mematuhi Perjanjian ini. Pelanggan mengakui bahawa jika Pelanggan membeli Perkhidmatan melalui penjual dan wakil mana-mana penjual seperti itu sebagai Pentadbir bagi akaun Perkhidmatan Pelanggan, penjual sebegitu mungkin boleh mengawal maklumat akaun, termasuk Data Pelanggan, dan mengakses akaun Perkhidmatan Pelanggan seperti yang diterangkan di atas.
    3. Penggunaan & Akses yang Tidak Dibenarkan. Pelanggan akan mencegah penggunaan Perkhidmatan yang tidak dibenarkan oleh Pengguna Akhirnya dan menamatkan sebarang penggunaan atau akses ke Perkhidmatan yang tidak dibenarkan. Perkhidmatan tidak ditujukan kepada Pengguna Akhir di bawah umur 13 tahun. Pelanggan akan memastikan bahawa ia tidak membenarkan sebarang individu di bawah 13 tahun menggunakan Perkhidmatan. Pelanggan akan segera memaklumkan Dropbox sebarang penggunaan atau akses ke Perkhidmatan yang tidak dibenarkan.
    4. Penggunaan Terhad. Pelanggan tidak akan (i) menjual, menjual semula, atau memajak Perkhidmatan; (ii) menggunakan Perkhidmatan untuk aktiviti di mana kegunaan atau kegagalan Perkhidmatan boleh menyebabkan kerosakan fizikal, kematian, atau kecederaan peribadi; atau (iii) menyongsangkan kejuruteraan Perkhidmatan, atau mencuba atau membantu orang lain melakukannya, melainkan pembatasan ini dilarang oleh undang-undang.
    5. Permintaan Pihak Ketiga.
      1. "Permintaan Pihak Ketiga" bermaksud permintaan daripada pihak ketiga untuk rekod berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan oleh Pengguna Akhir termasuk maklumat di dalam atau dari akaun Perkhidmatan Pengguna Akhir atau Pelanggan. Permintaan Pihak Ketiga mungkin termasuk waran geledah, perintah mahkamah, atau sepina yang sah, atau apa-apa permintaan lain di mana terdapat kebenaran bertulis daripada Pengguna Akhir membenarkan pendedahan.
      2. Pelanggan bertanggungjawab untuk memberi respons kepada Permintaan Pihak Ketiga melalui aksesnya sendiri terhadap maklumat. Pelanggan akan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk memberi respons kepada Permintaan Pihak Ketiga dan akan menghubungi Dropbox hanya jika ia tidak dapat memperoleh maklumat tersebut walaupun telah berusaha keras.
      3. Dropbox akan membuat usaha dagangan bermunasabah, sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang dan oleh terma Permintaan Pihak Ketiga, untuk: (A) segera memaklumkan Pelanggan Dropbox penerimaan Permintaan Pihak Ketiga; (B) mematuhi permintaan dagangan bermunasabah dari segi usahanya untuk menentang Permintaan Pihak Ketiga; dan (C) menyediakan Pelanggan dengan maklumat atau peralatan yang diperlukan kepada Pelanggan untuk memberikan respon kepada Permintaan Pihak Ketiga (jika Pelanggan tidak berjaya mendapatkan maklumat itu). Jika Pelanggan gagal untuk segera memberi respon kepada mana-mana Permintaan Pihak Ketiga, maka Dropbox boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk berbuat demikian.
  3. Perkhidmatan Pihak Ketiga. Jika Pelanggan menggunakan sebarang Perkhidmatan Pihak Ketiga (cthnya., perkhidmatan yang menggunakan API Dropbox) dengan Perkhidmatan, (a) Dropbox tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang tindakan atau pengecualian oleh pihak ketiga, termasuk akses ke atau penggunaan Data Pelanggan oleh pihak ketiga dan (b) Dropbox tidak menjamin atau menyokong mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga.
  4. Penggantungan
    1. Berkenaan Akaun Pengguna Akhir oleh Dropbox. Jika Pengguna Akhir (i) melanggar Perjanjian ini atau (ii) menggunakan Perkhidmatan dalam cara yang Dropbox percayai secara munasabah akan menyebabkan liabiliti, maka Dropbox boleh meminta bahawa Pengguna menggantung atau menamatkan akaun Pengguna Akhir berkenaan. Jika Pelanggan gagal untuk segera menggantung atau menamatkan akaun Pengguna Akhir, maka Dropbox boleh berbuat demikian.
    2. Kecemasan Keselamatan. Walau apa pun dalam Perjanjian ini, jika terdapat Kecemasan Keselamatan, maka Dropbox boleh menggantung penggunaan Perkhidmatan secara automatik. Dropbox akan membuat usaha dagangan bermunasabah untuk mengukur dengan teliti penggantungan seperti yang diperlukan untuk mengelak atau menghapuskan Kecemasan Keselamatan. "Kecemasan Keselamatan" bermaksud: (i) penggunaan Perkhidmatan yang sememangnya atau boleh menggangu Perkhidmatan, penggunaan Perkhidmatan pengguna lain, atau infrastruktur yang digunakan untuk menyediakan Perkhidmatan dan (iii) akses pihak ketiga ke Perkhidmatan yang tidak dibenarkan.
  5. Hak Harta Intelek.
    1. Pengekalan Hak. Melainkan dinyatakan dengan jelas di sini, Perjanjian ini tidak memberikan (i) Dropbox sebarang Hak Harta Intelek atas Data Pelanggan atau (ii) Pelanggan sebarang Hak Harta Intelek atas Perkhidmatan atau tanda dagangan dan ciri-ciri penjenamaan Dropbox. "Hak Harta Intelek" bermaksud hak sedunia semasa dan akan datang di bawah paten, hak cipta, rahsia dagangan, tanda dagangan, hak moral, dan hak-hak lain yang serupa.
    2. Keizinan Terhad. Pelanggan hanya memberikan Dropbox hak terhad yang diperlukan sewajarnya untuk Dropbox menawarkan Perkhidmatan (cth. menghos Data Simpanan). Keizinan ini juga dilanjutkan kepada sekutu kami dan pihak ketiga yang dipercayai yang bekerjasama dengan Dropbox untuk menawarkan Perkhidmatan (cth. pembekal pembayaran yang digunakan untuk memproses pembayaran).
    3. Cadangan. Dropbox boleh, mengikut budi bicaranya dan untuk apa jua tujuan, menggunakan, mengubah suai, dan memasukkan ke dalam produk dan perkhidmatannya, lesen dan sublesen, sebarang maklum balas, komen, atau cadangan yang Pelanggan atau Pengguna AKhir hantar kepada Dropbox atau kirim dalam forum Dropbox tanpa sebarang kewajipan terhadap Pelanggan.
    4. Senarai Pelanggan. Dropbox boleh memasukkan nama Pelanggan dalam senarai pelanggan Dropbox pada laman web Dropbox atau dalam bahan promosi.
  6. Bayaran & Pembayaran.
    1. Pembayaran. Pelanggan akan membayar, dan membenarkan Dropbox atau penjual Pelanggan untuk mengecaj menggunakan kaedah pembayaran pilihan Pelanggan, untuk semua bayaran yang dikenakan. Bayaran tidak akan dikembalikan kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Pelanggan bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat pembayaran dan hubungan yang lengkap dan tepat kepada Dropbox atau penjual Pelanggan. Dropbox boleh menggantung atau menamatkan Perkhidmatan jika bayaran tertunggak.
    2. Pembaharuan Automatik dan Percubaan. JIKA AKAUN PELANGGAN DITETAPKAN KEPADA PEMBAHARUAN AUTOMATIK ATAU DALAM TEMPOH PERCUBAAN, DROPBOX (ATAU PENJUAL PELANGGAN) BOLEH MENGECAJ SECARA AUTOMATIK PADA AKHIR TEMPOH PERCUBAAN ATAU UNTUK PEMBAHARUAN, MELAINKAN PELANGGAN MEMAKLUMKAN DROPBOX (ATAU PENJUAL PELANGGAN, JIKA BERKENAAN) BAHAWA PELANGGAN MAHU MEMBATALKAN ATAU MELUMPUHKAN PEMBAHARUAN AUTOMATIK. Dropbox boleh mengemas kini kadar Perkhidmatan dengan memberi Pelanggan sekurang-kurangnya notis 30 hari sebelum caj yang seterusnya.
    3. Cukai. Pelanggan bertanggungjawab ke atas semua cukai. Dropbox atau penjual Pelanggan akan mengecaj cukai apabila dikehendaki berbuat demikian. Jika Pelanggan dikehendaki oleh undang-undang untuk menahan sebarang cukai, Pelanggan harus memberi Dropbox atau penjual Pelanggan resit cukai rasmi atau dokumen lain yang berpatutan.
    4. Pesanan Pembelian. Jika Pelanggan memerlukan penggunaan pesanan pembelian atau nombor pesanan pembelian, Pelanggan (i) harus menyediakan nombor pesanan pembelian semasa pembelian dan (ii) bersetuju bahawa sebarang terma dan syarat dalam pesanan pembelian Pelanggan tidak akan diguna pakai untuk Perjanjian ini dan adalah terbatal dan tidak sah. Jika Pelanggan membeli melalui penjual, sebarang terma dan syarat daripada penjual Pelanggan atau dalam pesanan pembelian antara Pelanggan dan penjualnya yang bercanggah dengan Perjanjian Dropbox Business adalah terbatal dan tidak sah.
  7. Terma & Penamatan.
    1. Terma. Perjanjian ini akan tetap berkuat kuasa sehingga langganan Pelanggan terhadap Perkhidmatan luput atau tamat, atau sehingga Perjanjian ditamatkan.
    2. Penamatan kerana Pelanggaran. Sama ada Dropbox atau Pelanggan boleh menamatkan Perjanjian ini sekiranya: (i) salah satu pihak melanggari syarat Perjanjian dan gagal untuk memulihkan pelanggaran itu dalam masa 30 hari selepas penerimaan notis bertulis atau (ii) salah satu pihak menghentikan operasi perniagaan atau tertakluk kepada prosiding insolvensi dan prosiding tidak diselesaikan dalam masa 90 hari.
    3. Kesan dari Penamatan. Jika Perjanjian ini tamat: (i) hak yang diberikan oleh Dropbox kepada Pelanggan akan berhenti dengan serta-merta (kecuali seperti yang dinyatakan dalam bahagian ini); (ii) Dropbox boleh memberikan Pelanggan akses ke akaunnya pada kadar semasa waktu itu supaya Pelanggan boleh mengeksport Data Simpanannya; dan (iii) selepas tempoh masa yang munasabah, Dropbox boleh menghapuskan sebarang Data Simpanan berkaitan dengan akaun Pelanggan. Bahagian berikut akan terus berkuat kuasa selepas luput atau penamatan bagi Perjanjian ini: 2(e) (Permintaan Pihak Ketiga), 5 (Hak Harta Intelek), 6 (Bayaran & Pembayaran), 7(c) (Kesan dari Penamatan), 8 (Ganti Rugi), 9 (Penafian), 10 (Liabiliti Terhad), 11 (Pertikaian), dan 12 (Pelbagai).
  8. Ganti Rugi.
    1. Oleh Pelanggan. Pelanggan akan melindungi, membela, dan tidak memudaratkan Dropbox daripada dan terhadap semua liabiliti, kerosakan, dan kos (termasuk kos penyelesaian dan bayaran guaman yang munasabah) yang timbul daripada sebarang tuntutan oleh pihak ketiga terhadap Dropbox dan sekutunya berkenaan: (i) Data Pelanggan; (ii) Penggunaan Perkhidmatan oleh Pelanggan melanggar Perjanjian ini; atau (iii) Penggunaan Perkhidmatan oleh Pengguna Akhir melanggar Perjanjian ini.
    2. Oleh Dropbox. Dropbox akan melindungi, membela, dan tidak memudaratkan Pelanggan daripada dan terhadap semua liabiliti, kerosakan, dan kos (termasuk kos penyelesaian dan bayaran guaman yang munasabah) yang timbul daripada sebarang tuntutan oleh pihak ketiga terhadap Pelanggan setakat berdasarkan dakwaan bahawa teknologi Dropbox yang digunakan untuk menyediakan Perkhidmatan kepada Pelanggan melanggar atau menyalah guna sebarang hak cipta, rahsia dagangan, paten A.S., atau hak tanda dagangan pihak ketiga. Dalam apa jua keadaan sekali pun Dropbox tidak mempunyai kewajipan atau liabiliti di bawah bahagian ini yang timbul daripada: (i) penggunaan mana-mana Perkhidmatan dalam bentuk yang diubah suai atau kombinasi bersama material yang tidak disediakan oleh Dropbox dan (ii) sebarang kandungan, maklumat, atau data yang disediakan oleh Pelanggan, Pengguna Akhir, atau pihak ketiga yang lain.
    3. Kemungkinan Pelanggaran. Jika Dropbox percaya bahawa Perkhidmatan melanggar atau boleh dituduh melanggar Hak Harta Intelek pihak ketiga, maka Dropbox boleh: (i) mendapatkan hak untuk Pelanggan, atas tanggungan Dropbox, untuk terus menggunakan Perkhidmatan; (ii) menyediakan penggantian serupa dari segi fungsi yang tidak melanggar; atau (iii) mengubah suai Perkhidmatan supaya ia tidak lagi melanggar. Jika Dropbox tidak mempercayai bahawa pilihan yang diterangkan dalam bahagian ini munasabah, maka Dropbox boleh menggantung atau menamatkan penggunaan Pelanggan daripada Perkhidmatan yang terlibat (dengan pulangan kembali bayaran prabayar prorata untuk Perkhidmatan.
    4. Umum. Pihak yang meminta ganti rugi akan segera memaklumkan pihak lain mengenai tuntutan dan bekerjasama dengan pihak itu dalam membela tuntutan. Pihak yang menuntut ganti rugi akan mempunyai kawalan penuh dan berkuasa ke atas pembelaan, kecuali jika: (i) sebarang penyelesaian memerlukan pihak menuntut ganti rugi untuk mengaku liabiliti memerlukan persetujuan bertulis terlebih dahulu, tanpa menyimpan atau menangguh tanpa munasabah dan (ii) pihak lain boleh menyertai dalam pembelaan dengan peguam pembelanya sendiri atas tanggungannya sendiri. GANTI RUGI DI ATAS ADALAH SATU-SATUNYA REMEDI DROBOX DAN PELANGGAN DI BAWAH PERJANJIAN INI UNTUK PELANGGARAN OLEH PIHAK LAIN BERKENAAN HAK HARTA INTELEK PIHAK KETIGA.
  9. Penafian. PERKHIDMATAN ADALAH DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA SEDIA ADA" SELUAS YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KECUALI DINYATAKAN DENGAN JELAS DALAM PERJANJIAN INI, KEDUA-DUA PELANGGAN ATAU DROPBOX DAN SEKUTUNYA, PEMBEKAL, DAN PENGEDAR TIDAK BOLEH MEMBUAT SEBARANG JAMINAN DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA NYATA, TERSIRAT, BERKANUN ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK PENGGUNAAN TERTENTU, ATAU KETIDAKLANGGARAN. PELANGGAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENYELENGGARA DAN MENYANDAR SEBARANG DATA SIMPANAN.
  10. Pembatasan Liabiliti.
    1. Pembatasan pada Liabiliti Tidak Langsung. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KECUALI UNTUK KEWAJIPAN TUNTUTAN GANTI RUGI DROPBOX ATAU PELANGGAN, MANA-MANA PELANGGAN ATAU DROPBOX DAN SEKUTU, PEMBEKAL, DAN PENGEDARNYA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI BAWAH PERJANJIAN INI UNTUK (I) KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, TIDAK SENGAJA, SAMPINGAN, TELADAN, ATAU PUNITIF, SEKALI PUN JIKA PIHAK ITU MENGETAHUI ATAU SEPATUTNYA MENGETAHUI BAHAWA KEROSAKAN SEPERTI ITU BOLEH TERJADI DAN SEKALI PUN JIKA REMEDI GAGAL MEMBERIKAN TUJUAN ASALNYA.
    2. Pembatasan terhadap Jumah Liabiliti. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, LIABILITI AGREGAT DROPBOX DI BAWAH PERJANJIAN INI TIDAK AKAN MELEBIHI KURANG DARIPADA $100,000 ATAU JUMLAH YANG DIBAYAR OLEH PELANGGAN UNTUK PERKHIDMATAN DI BAWAH INI SEPANJANG DUA BELAS BULAN SEBELUM TERJADINYA PERISTIWA YANG MENIMBULKAN LIABILITI.
  11. Pertikaian.
    1. Penyelesaian Luar Mahkamah. Dropbox ingin menyelesaikan masalah anda tanpa melibatkan kes mahkamah rasmi. Sebelum membuat tuntutan, setiap pihak bersetuju untuk cuba menyelesaikan pertikaian dengan menghubungi pihak yang lain melalui prosedur notis dalam bahagian 12(e). Jika pertikaian tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada notis, Pelanggan atau Dropbox boleh membawa prosiding rasmi.
    2. Persetujuan untuk Menimbang Tara. Pelanggan dan Dropbox bersetuju untuk menyelesaikan sebarang tuntutan berkenaan Perjanjian ini atau Perkhidmatan melalui timbang tara yang muktamad dan mengikat, kecuali seperti yang dinyatakan di bawah. American Arbitration Association (AAA) akan mentadbir timbang tara di bawah Peraturan Timbang Tara Komersial. Timbang tara akan diadakan di San Francisco (CA), atau mana-mana lokasi lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak secara bertulis.
    3. Pengecualian terhadap Persetujuan untuk Menimbang Tara. Mana-mana pihak boleh membawa tuntutan mahkamah dalam mahkamah persekutuan atau wilayah San Francisco County, California semata-mata untuk relief injunksi untuk menghentikan penggunaan tidak dibenarkan atau penyalahgunaan Perkhidmatan atau pelanggaran Hak Harta Intelek tanpa terlebih dahulu terlibat dalam proses notis pertikaian tidak rasmi seperti yang diterangkan di atas. Kedua-dua Pelanggan dan Dropbox bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa peribadi di sana.
    4. TIADA TUNTUTAN KUMPULAN. Pelanggan hanya boleh menyelesaikan pertikaian dengan Dropbox pada dasar individu dan tidak akan membawa tuntutan dalam kumpulan, gabungan, atau tuntutan berwakil. Timbang tara kumpulan, tuntutan kumpulan, tuntutan peguam negara secara sulit, dan gabungan dengan timbang tara yang lain tidak dibenarkan.
  12. Pelbagai.
    1. Pengubahsuaian Terma. Dropbox boleh menyemak Perjanjian ini dari masa ke semasa dan versi terkini akan sentiasa disiarkan di laman web Dropbox Business. Jika semakan, mengikut budi bacara Dropbox, adalah penting, Dropbox akan memaklumkan Pelanggan (sebagai contoh, dengan menghantar e-mel kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun berkenaan). Semakan lain mungkin akan disiarkan di blog Dropbox atau halaman terma, dan Pelanggan bertanggungjawab untuk menyemak kiriman seperti itu dengan kerap. Dengan terus mengakses atau menggunakan Perkhidmatan selepas semakan berkuat kuasa, Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian yang disemak. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan terma Perjanjian yang disemak, Pelanggan boleh menamatkan Perkhidmatan dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan notis pengubahsuaian.
    2. Keseluruhan Perjanjian. Perjanjian ini, termasuk invois Pelanggan dan borang pesanan dengan Dropbox (jika berkenaan), membentuk keseluruhan perjanjian antara Pelanggan dan Dropbox dengan merujuk kepada isi kandungan Perjanjian ini dan mendahului serta menggantikan sebarang persefahaman dan perjanjian sementara sebelum ini, sama ada bertulis atau lisan, dengan merujuk kepada isi kandungan Perjanjian ini. Jika terdapat percanggahan antara dokumen yang membentuk Perjanjian ini, dokumen ini akan mengawal dalam turutan yang berikut: invois Dropbox, borang pesanan Dropbox, Perjanjian.
    3. Undang-undang yang Mentadbir. PERJANJIAN INI AKAN DITADBIR OLEH UNDANG-UNDANG CALIFORNIA KECUALI JIKA BERCANGGAH DENGAN PRINSIP UNDANG-UNDANGNYA.
    4. Kebolehasingan. Peruntukan yang tidak boleh dikuatkuasakan akan diubahsuai untuk menggambarkan tujuan pihak-pihak dan hanya untuk setakat yang diperlukan untuk menjadikannya boleh dikuatkuasakan, dan peruntukan selebihnya dari Perjanjian ini akan kekal berkuat kuasa.
    5. Notis. Notis hendaklah dihantar melalui mel kelas pertama, mel udara, atau kurier semalaman dan dianggap telah diberikan apabila diterima. Notis kepada Pelanggan juga boleh dihantar kepada alamat e-mel akaun yang berkenaan dan dianggap telah diberikan apabila dihantar. Notis kepada Dropbox hendaklah dihantar kepada Dropbox, Inc., P.O. Box 77767, San Francisco, CA 94107, dengan salinan kepada Jabatan Undang-undang.
    6. Penepian. Penepian bagi sebarang perintah mahkamah bukanlah penepian bagi sebarang perintah mahkamah susulan.
    7. Penyerahan. Pelanggan tidak boleh menyerahkan atau memindahkan Perjanjian ini atau sebarang hak atau kewajipan di bawah Perjanjian ini tanpa kebenaran bertulis dari Dropbox. Dropbox tidak boleh menyerahkan Perjanjian ini tanpa menyediakan notis kepada Pelanggan, kecuali Dropbox boleh menyerahkan Perjanjian ini atau sebarang hak atau kewajipan di bawah Perjanjian ini kepada sekutu atau berhubung dengan penggabungan, pengambilalihan, rombakan semula organisasi, atau jualan bagi semua atau hampir semua asetnya tanpa menyediakan notis. Sebarang cubaan lain untuk memindahkan atau menugaskan adalah tidak sah.
    8. Tiada Agensi. Dropbox dan Pelanggan bukanlah rakan kongsi sah atau ejen, tetapi merupakan kontraktor bebas.
    9. Force Majeure. Kecuali untuk kewajipan pembayaran, mana-mana Dropbox atau Pelanggan tidak akan bertanggungjawab terhadap prestasi tidak memuaskan setakat yang disebabkan oleh keadaaan yang di luar kawalan munasabah pihak (sebagai contoh, malapetaka semula jadi, peperangan atau keganasan, rusuhan, situasi buruh, tindakan kerajaan, dan gangguan Internet).
    10. Tiada Benefisiari Pihak Ketiga. Tiada benefisiari pihak ketiga dalam Perjanjian ini. Tanpa membataskan bahagian ini, Pengguna Akhir Pelanggan bukan benefisiari pihak ketiga kepada hak Pelanggan di bawah Perjanjian ini.
    11. Batasan Eksport. Eksport dan eksport semula Data Pelanggan melalui Perkhidmatan boleh dikawal oleh Peraturan Pentadbiran Eksport Amerika Syarikat atau batasan eksport berkenaan yang lain atau embargo. Perkhidmatan mungkin tidak boleh digunakan di Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, atau Syria atau mana-mana negara yang tertakluk dengan embargo oleh Amerika Syarikat dan Pelanggan tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini untuk melanggar sebarang batasan eksport atau embargo oleh Amerika Syarikat atau bidang kuasa berkenaan yang lain. Selain itu, Pelanggan harus memastikan bahawa Perkhidmatan tidak disediakan kepada individu yang tersenarai dalam United States Table of Denial Orders, the Entity List, atau pun the List of Specially Designated Nationals.

Jadual 1

Keputusan Suruhanjaya C(2010)593

Fasal Kontrak Standard (pemproses)

Untuk tujuan Perkara 26(2) Arahan 95/46/EC bagi pemindahan data peribadi kepada pemproses yang ditubuhkan di negara ketiga yang tidak menjamin tahap perlindungan data yang mencukupi

Nama organisasi pengeksport data: Pelanggan yang merupakan pihak dalam Perjanjian Dropbox Business dengan Dropbox International Unlimited Company
(pengeksport data)

Dan

Nama organisasi pengimport data: Dropbox, Inc.
Alamat: 333 Brannan Street, San Francisco, CA 94107 USA
(pengimport data)

setiap satu "pihak"; bersama-sama "pihak-pihak",

TELAH BERSETUJU dengan Fasal Kontrak berikut (Fasal) untuk mengemukakan perlindungan yang mencukupi berkenaan dengan perlindungan privasi dan hak-hak asasi dan kebebasan individu untuk pemindahan oleh pengeksport data kepada pengimport data bagi data peribadi yang dinyatakan dalam Lampiran 1.

Fasal 1

Pentakrifan

Untuk tujuan Fasal:

  1. 'data peribadi', 'kategori data khas', 'proses/pemprosesan', 'pengawal', 'pemproses', 'subjek data' dan 'kuasa penyeliaan' hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti dalam Arahan 95/46/EC Parlimen Eropah dan Majlis 24 Oktober 1995 mengenai perlindungan individu berkenaan dengan pemprosesan data peribadi dan pergerakan bebas data seperti itu1;
  2. 'pengeksport data' bermaksud pengawal yang memindahkan data peribadi;
  3. 'pengimport data' bermaksud pemproses yang bersetuju untuk menerima data peribadi daripada pengeksport data yang bertujuan untuk pemprosesan bagi pihaknya selepas pemindahan yang menurut arahannya dan terma Fasal dan yang tidak tertakluk kepada sistem negara ketiga yang menjamin perlindungan mencukupi mengikut erti Perkara 25(1) Arahan 95/46/EC;
  4. 'subpemproses' bermaksud mana-mana pemproses yang dilantik oleh pengimport data atau oleh mana-mana subpemproses pengimport data lain yang bersetuju untuk menerima data peribadi daripada pengimport data atau daripada mana-mana subpemproses pengimport data lain yang bertujuan semata-mata untuk aktiviti pemprosesan yang akan dijalankan bagi pihak pengeksport data selepas pemindahan yang menurut arahannya, terma Fasal dan terma subkontrak bertulis;
  5. 'undang-undang perlindungan data yang berkenaan' bermaksud perundangan yang melindungi hak-hak asasi dan kebebasan individu dan, khususnya, hak mereka terhadap privasi berkenaan dengan pemprosesan data peribadi yang boleh digunakan oleh pengawal data di Negara Ahli di mana pengeksport data ditubuhkan;
  6. 'langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi' bermaksud langkah-langkah yang ditujukan untuk melindungi data peribadi daripada pemusnahan tidak sengaja atau menyalahi undang-undang atau kehilangan tidak sengaja, pengubahan, pendedahan atau akses tidak bertauliah, khususnya di mana pemprosesan melibatkan penghantaran data melalui rangkaian, dan daripada segala bentuk pemprosesan lain yang menyalahi undang-undang.

Fasal 2

Butiran pemindahan

Butiran pemindahan dan khususnya kategori khas data peribadi di mana yang berkenaan dinyatakan dalam Lampiran 1 yang membentuk sebahagian penting daripada Fasal.

Fasal 3

Fasal benefisiari pihak ketiga

  1. Subjek data boleh menguatkuasakan Fasal ini terhadap pengeksport data, Fasal 4(b) hingga (i), Fasal 5(a) hingga (e), dan (g) hingga (j), Fasal 6(1) dan (2), Fasal 7, Fasal 8(2), dan Fasal 9 hingga 12 sebagai benefisiari pihak ketiga.
  2. Subjek data boleh menguatkuasakan Fasal ini terhadap pengimport data, Fasal 5(a) hingga (e) dan (g), Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8(2), dan Fasal 9 hingga 12, dalam situasi di mana pengeksport data telah ternyata lesap atau tidak lagi wujud dalam undang-undang melainkan mana-mana entiti pengganti telah mengambil alih seluruh kewajipan undang-undang pengeksport data melalui kontrak atau melalui penguatkuasaan undang-undang, yang mengakibatkan ia mengambil hak dan kewajipan pengeksport data, yang mana subjek data boleh menguatkuasakannya terhadap entiti seperti itu.
  3. Subjek data boleh menguatkuasakan Fasal ini terhadap subpemproses, Fasal 5(a) hingga (e) dan (g), Fasal 6, Fasal 7, Fasal 8(2), dan Fasal 9 hingga 12, dalam situasi di mana kedua-dua pengeksport data dan pengimport data telah ternyata lesap atau tidak lagi wujud dalam undang-undang atau menjadi tidak solven, melainkan mana-mana entiti pengganti telah mengambil alih seluruh kewajipan undang-undang pengeksport data melalui kontrak atau melalui penguatkuasaan undang-undang yang mengakibatkan ia mengambil hak dan kewajipan pengeksport data, yang mana subjek data boleh menguatkuasakannya terhadap entiti seperti itu. Liabiliti subpemproses pihak ketiga seperti itu akan terhad kepada pengendalian pemprosesannya sendiri di bawah Fasal.
  4. Pihak-pihak tidak membantah subjek data diwakili oleh persatuan atau badan lain jika dihasratkan dengan jelas oleh subjek data, dan jika dibenarkan oleh undang-undang negara.

Fasal 4

Tanggungjawab pengeksport data

Pengeksport data bersetuju dan menjamin:

  1. bahawa pemprosesan, termasuk pemindahan itu sendiri, data peribadi telah dan akan terus dilaksanakan mengikut peruntukan relevan undang-undang perlindungan data yang berkenaan (dan, di mana berkenaan, telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan mengenai Negara Ahli di mana pengeksport data ditubuhkan) dan tidak melanggar peruntukan relevan bagi Negara itu;
  2. bahawa ia telah mengarahkan dan sepanjang tempoh perkhidmatan pemprosesan data peribadi akan mengarahkan pengimport data untuk memproses data peribadi yang dipindahkan hanya bagi pihak pengeksport data dan mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan Fasal;
  3. bahawa pengimport data akan memberi jaminan yang mencukupi berkenaan dengan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang dinyatakan dalam Lampiran 2 kontrak ini;
  4. bahawa selepas penilaian keperluan undang-undang perlindungan data yang berkenaan, langkah-langkah keselamatan adalah wajar untuk melindungi data peribadi daripada pemusnahan tidak sengaja atau menyalahi undang-undang atau kehilangan tidak sengaja, pengubahan, pendedahan atau akses tidak bertauliah, khususnya di mana pemprosesan membabitkan penghantaran data melalui rangkaian, dan daripada segala bentuk pemprosesan lain yang menyalahi undang-undang, dan bahawa langkah-langkah ini memastikan tahap keselamatan yang sewajarnya dengan risiko yang dikemukakan oleh pemprosesan dan hakikat data yang perlu dilindungi dengan mengambil kira tahap pencapaian dan pelaksanaan kosnya;
  5. bahawa ia akan memastikan pematuhan menurut langkah-langkah keselamatan;
  6. bahawa, jika pemindahan melibatkan kategori data khas, subjek data itu telah dimaklumkan atau akan dimaklumkan sebelum, atau secepat mungkin selepas, pemindahan bahawa datanya boleh dihantar ke negara ketiga yang tidak menyediakan perlindungan yang mencukupi mengikut pengertian Arahan 95/46/EC;
  7. untuk melanjutkan sebarang pemberitahuan yang diterima daripada pengimport data atau mana-mana subpemproses selaras dengan Fasal 5(b) dan Fasal 8(3) kepada pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data jika pengeksport data memutuskan untuk meneruskan pemindahan atau menarik balik penggantungan;
  8. untuk menyediakan satu salinan Fasal kepada subjek data atas permintaan, dengan pengecualian Lampiran 2, dan penerangan ringkas tentang langkah-langkah keselamatan, serta salinan sebarang kontrak untuk perkhidmatan subpemprosesan yang telah dibuat sejajar dengan Fasal, melainkan Fasal atau kontrak itu mengandungi maklumat perdagangan, yang mana ia boleh membuang maklumat perdagangan seperti itu;
  9. bahawa, sekiranya berlaku subpemprosesan, aktiviti pemprosesan akan dijalankan menurut Fasal 11 oleh subpemproses yang menyediakan sekurang-kurangnya tahap perlindungan yang sama untuk data peribadi dan hak-hak subjek data sebagai pengimport data di bawah Fasal; dan
  10. bahawa ia akan memastikan pematuhan menurut Fasal 4(a) hingga (i).

Fasal 5

Kewajipan pengimport data2

Pengimport data bersetuju dan menjamin:

  1. untuk memproses data peribadi hanya bagi pihak pengeksport data dan mematuhi arahannya dan Fasal; jika ia tidak boleh menyediakan pematuhan seperti itu atas apa jua sebab, ia bersetuju untuk memaklumkan dengan segera kepada pengeksport data mengenai ketidakupayaannya untuk mematuhi, yang mana pengeksport data itu berhak untuk menggantung pemindahan data dan/atau menamatkan kontrak;
  2. bahawa ia tiada sebab untuk mempercayai bahawa perundangan yang berkenaan kepadanya menghalangnya daripada memenuhi arahan yang diterima daripada pengeksport data dan kewajipannya di bawah kontrak dan bahawa sekiranya berlaku pindaan dalam perundangan ini yang bermungkinan untuk memberi kesan buruk yang besar mengenai jaminan dan tanggungjawab yang disediakan oleh Fasal, ia akan memaklumkan perubahan kepada pengeksport data dengan segera sebaik sahaja ia mengetahui, yang mana pengeksport data itu berhak untuk menggantung pemindahan data dan/atau menamatkan kontrak;
  3. bahawa ia telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang dinyatakan dalam Lampiran 2 sebelum memproses data peribadi yang dipindahkan;
  4. bahawa ia akan segera memaklumkan pengeksport data tentang:
    1. sebarang permintaan sah untuk mendedahkan data peribadi oleh penguat kuasa undang-undang melainkan jika dilarang, seperti larangan di bawah undang-undang jenayah untuk memelihara kerahsiaan siasatan penguatkuasa undang-undang,
    2. sebarang akses tidak sengaja atau tidak bertauliah, dan
    3. sebarang permintaan yang diterima secara langsung daripada subjek data tanpa membalas permintaan itu, melainkan ia telah dibenarkan untuk berbuat demikian;
  5. untuk berurusan dengan segera dan baik dengan semua pertanyaan daripada pengeksport data yang berkaitan dengan pemprosesannya bagi data peribadi yang tertakluk kepada pemindahan dan untuk mematuhi nasihat pihak berkuasa penyeliaan berkenaan dengan pemprosesan data yang dipindahkan;
  6. atas permintaan pengeksport data untuk menyerahkan fasiliti pemprosesan datanya untuk audit aktiviti pemprosesan yang diliputi oleh Fasal yang hendaklah dijalankan oleh pengeksport data atau badan pemeriksaan yang terdiri daripada ahli-ahli bebas dan memiliki kelayakan profesional yang diperlukan, terikat dengan kewajipan kerahsiaan, dipilih oleh pengeksport data, di mana berkenaan, mengikut persetujuan bersama pihak berkuasa penyeliaan;
  7. untuk menyediakan salinan Fasal kepada subjek data atas permintaan, atau sebarang kontrak sedia ada untuk subpemprosesan, melainkan Fasal atau kontrak mengandungi maklumat perdagangan, yang mana ia boleh membuang maklumat perdagangan seperti itu, dengan pengecualian terhadap Lampiran 2 yang hendaklah digantikan dengan penerangan ringkas mengenai langkah-langkah keselamatan dalam keadaan di mana subjek data tidak dapat memperoleh salinan daripada pengeksport data;
  8. bahawa, sekiranya berlaku subpemprosesan, ia telah memaklumkan pengeksport data sebelum itu dan mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu;
  9. bahawa perkhidmatan pemprosesan oleh subpemproses akan dilaksanakan menurut Fasal 11;
  10. untuk segera menghantar salinan bagi sebarang perjanjian subpemproses yang diputuskan di bawah Fasal kepada pengeksport data.

Fasal 6

Liabiliti

  1. Pihak-pihak bersetuju bahawa mana-mana subjek data, yang telah mengalami kerosakan akibat daripada sebarang pelanggaran kewajipan yang disebut dalam Fasal 3 atau dalam Fasal 11 oleh mana-mana pihak atau subpemproses berhak menerima pampasan daripada pengeksport data bagi kerosakan yang dialami.
  2. Jika subjek data tidak dapat membawa tuntutan untuk pampasan sejajar dengan perenggan 1 terhadap pengeksport data, yang berpunca daripada pelanggaran oleh pengimport data atau subpemproses mereka bagi sebarang tanggungjawab mereka yang disebut dalam Fasal 3 atau dalam Fasal 11, kerana pengeksport data telah ternyata lesap atau tidak lagi wujud dalam undang-undang atau menjadi tidak solven, pengimport data bersetuju bahawa subjek data boleh membuat tuntutan terhadap pengimport data seolah-olah seperti pengeksport data, melainkan mana-mana entiti pengganti telah mengambil alih seluruh kewajipan undang-undang bagi pengeksport data melalui kontrak atau melalui penguatkuasaan undang-undang, yang mana subjek data boleh menguatkuasakan haknya terhadap entiti seperti itu.
    Pengimport data tidak boleh bergantung pada pelanggaran yang dilakukan subpemproses daripada tanggungjawabnya untuk mengelakkan liabilitinya sendiri.
  3. Jika subjek data tidak dapat membawa tuntutan terhadap pengeksport data atau pengimport data yang disebut dalam perenggan 1 dan 2, yang berpunca daripada pelanggaran oleh subpemproses daripada sebarang tanggungjawab mereka yang disebut dalam Fasal 3 atau dalam Fasal 11 kerana kedua-dua pengeksport data dan pengimport data telah ternyata lesap atau tidak lagi wujud dalam undang-undang atau menjadi tidak solven, subpemproses bersetuju bahawa subjek data boleh membuat tuntutan terhadap subpemproses data berkenaan dengan pengendalian pemprosesannya sendiri di bawah Fasal seolah-olah seperti pengeksport data atau pengimport data, melainkan mana-mana entiti pengganti telah mengambil alih seluruh kewajipan undang-undang bagi pengeksport data atau pengimport data melalui kontrak atau melalui penguatkuasaan undang-undang, yang mana subjek data boleh menguatkuasakan haknya terhadap entiti seperti itu. Liabiliti subpemproses adalah terhad kepada pengendalian pemprosesannya sendiri di bawah Fasal.

Fasal 7

Pengantaraan dan bidang kuasa

  1. Pengimport data bersetuju bahawa jika subjek data menggunakan hak benefisiari pihak ketiga dan/atau menuntut pampasan untuk kerugian di bawah Fasal terhadapnya, pengimport data akan menerima keputusan subjek data:
    1. untuk merujuk pertikaian itu kepada pengantaraan, oleh orang yang berkecuali atau, di mana berkenaan, oleh pihak berkuasa penyeliaan;
    2. untuk merujuk pertikaian itu kepada mahkamah di Negara Ahli di mana pengeksport data ditubuhkan.
  2. Pihak-pihak bersetuju bahawa pilihan yang dibuat oleh subjek data tidak akan memudaratkan hak hakiki atau prosedur untuk mendapatkan remedi mengikut peruntukan undang-undang negara atau antarabangsa yang lain.

Fasal 8

Kerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan

  1. Pengeksport data bersetuju untuk mengemukakan satu salinan kontrak ini bersama pihak berkuasa penyeliaan jika diminta berbuat demikian atau jika pengemukaan sebegitu dikehendaki di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
  2. Pihak-pihak bersetuju bahawa pihak berkuasa penyeliaan mempunyai hak untuk menjalankan audit ke atas pengimport data, dan ke atas mana-mana subpemproses, yang mempunyai lingkungan yang sama dan tertakluk kepada syarat yang sama seperti yang akan dikenakan kepada audit ke atas pengeksport data di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
  3. Pengimport data hendaklah segera memaklumkan pengeksport data tentang kewujudan perundangan yang boleh dikenakan kepadanya atau mana-mana subpemproses yang menghalang pelaksanaan audit ke atas pengimport data, atau mana-mana subpemproses, selaras dengan perenggan 2. Dalam keadaan sedemikian, pengeksport data berhak untuk mengambil langkah-langkah yang dijangka dalam Fasal 5(b).

Fasal 9

Undang-undang yang Mentadbir

Fasal ini akan ditadbir oleh undang-undang Negara Ahli di mana pengeksport data ditubuhkan.

Fasal 10

Perbezaan kontrak

Pihak-pihak berjanji untuk tidak membeza-beza atau mengubah suai Fasal. Ini tidak menghindar pihak-pihak daripada menambah fasal mengenai isu-isu berkaitan perniagaan di mana diperlukan selagi ia tidak bertentangan dengan Fasal.

Fasal 11

Subpemprosesan

  1. Pengimport data tidak boleh membuat subkontrak mana-mana pengendalian pemprosesannya yang dilaksanakan bagi pihak pengeksport data di bawah Fasal tanpa kebenaran bertulis daripada pengeksport data terlebih dahulu. Di mana pengimport data membuat subkontrak kewajipannya di bawah Fasal, dengan kebenaran pengeksport data, ia akan berbuat demikian hanya melalui cara persetujuan bertulis dengan subpemproses yang mengenakan kewajipan yang sama ke atas subpemproses sebagaimana yang dikenakan ke atas pengimport data di bawah Fasal3. Sekiranya subpemproses gagal memenuhi kewajipan perlindungan datanya di bawah persetujuan bertulis seperti itu, pengimport data akan tetap bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengeksport data untuk prestasi kewajipan subpemproses di bawah persetujuan seperti itu.
  2. Kontrak bertulis awal antara pengimport data dan subpemproses juga hendaklah menyediakan fasal benefisiari pihak ketiga seperti yang ditetapkan dalam Fasal 3 untuk situasi di mana subjek data tidak dapat membawa tuntutan pampasan yang disebut dalam perenggan 1 Fasal 6 terhadap pengeksport data atau pengimport data kerana mereka telah ternyata lesap atau tidak lagi wujud dalam undang-undang atau menjadi tidak solven dan tiada entiti pengganti telah mengambil alih seluruh kewajipan undang-undang bagi pengeksport data atau pengimport data melalui kontrak atau melalui penguatkuasaan undang-undang. Liabiliti subpemproses pihak ketiga seperti itu akan terhad kepada pengendalian pemprosesannya sendiri di bawah Fasal.
  3. Peruntukan berkenaan dengan aspek perlindungan data bagi subpemprosesan kontrak yang disebut dalam perenggan 1 hendaklah ditadbir oleh undang-undang Negara Ahli di mana pengeksport data ditubuhkan.
  4. Pengeksport data hendaklah menyimpan senarai perjanjian subpemprosesan yang dibuat di bawah Fasal dan dimaklumkan oleh pengimport data selaras dengan Fasal 5(j), yang akan dikemas kini sekurang-kurangnya sekali setahun. Senarai ini akan disediakan kepada pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data pengeksport data.

Fasal 12

Kewajipan selepas penamatan perkhidmatan pemprosesan data peribadi

  1. Pihak-pihak bersetuju bahawa pada penamatan peruntukan perkhidmatan pemprosesan data, pengimport data dan subpemproses hendaklah, atas pilihan pengeksport data, mengembalikan semua data peribadi yang dipindahkan dan salinannya kepada pengeksport data atau hendaklah memusnahkan semua data peribadi dan menjamin pengeksport data bahawa ia telah berbuat demikian, melainkan undang-undang yang dikenakan ke atas pengimport data menghalangnya daripada mengembalikan atau memusnahkan semua atau sebahagian daripada data peribadi yang dipindahkan. Dalam keadaan itu, pengimport data memberi jaminan bahawa ia akan menjamin kerahsiaan data peribadi yang dipindahkan dan tidak akan memproses data peribadi yang dipindahkan secara aktif lagi.
  2. Pengimport data dan subpemproses menjamin bahawa atas permintaan pengeksport data dan/atau pihak berkuasa penyeliaan, ia akan menyerahkan kemudahan pemprosesan datanya untuk audit bagi langkah-langkah yang disebut dalam perenggan 1.

Peruntukan Tambahan

Terma-terma berhuruf besar yang digunakan dalam Bahagian A hingga C dan Lampiran tetapi tidak ditakrifkan dalam Fasal akan mempunyai maksud yang disediakan dalam Perjanjian Dropbox Business antara pengeksport data dan Dropbox International Unlimited Company.

  1. Audit Keselamatan. Pengimport data mengekalkan pensijilan ISO/IEC 27001:2013 dan ISO/IEC 27018:2014, yang dikeluarkan oleh juruaudit pihak ketiga bebas. Pengimport data akan terus menjalani audit ISO/IEC 27001:2013 dan ISO/IEC 27018 biasa yang diperlukan untuk mengekalkan pensijilan tersebut untuk Perkhidmatan sepanjang Tempoh. Pengimport data juga akan kerap menjalani audit Service Organization Control 2 (SOC 2) Type II. Tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan pengimport data dan tidak lebih daripada sekali setahun, pengimport data akan menyediakan salinan Laporan SOC 2 Type II kepada pengeksport data atas permintaan bertulis. Pengimport data akan menyediakan laporan SOC 2 baru sejurus ia selesai tertakluk kepada syarat kerahsiaan pengimport data. Pengimport data sentiasa menyemak organisasi subperkhidmatan pihak ketiganya, yang menjalani audit Standards for Attestation Engagements No. 16 (SSAE 16) / International Standard on Assurance Engagements No. 3402 (ISAE 3402) Service Organization Control 1 (SOC 1) Type II atau Service Organization Control 2 (SOC 2) Type II yang menilai reka bentuk dan keberkesanan dasar, prosedur dan kawalan keselamatan mereka.

    Pengeksport data bersetuju bahawa kewajipan pengimport data yang dinyatakan dalam Bahagian A ini memenuhi hak audit di bawah Fasal 5(f) dan Fasal 12 (2) daripada Fasal.

  2. Subpemprosesan. Pengimport data boleh melantik syarikat lain untuk menyediakan bahagian terhad Perkhidmatan (termasuk perkhidmatan sokongan) bagi pihak pengimport data, dan pengeksport data membenarkan pengimport data untuk memberi subkontrak pemprosesan data peribadi kepada subpemproses sebegitu seperti yang diterangkan dalam Fasal. Pengimport data akan memastikan bahawa mana-mana subpemproses hanya akan mengakses dan menggunakan data peribadi untuk menyediakan Perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian bertulis antara pengimport data dan subpemproses. Pengeksport data mengakui bahawa sebarang syarat yang dikenakan kepada pengimport data di bawah Fasal berkenaan persetujuan dengan subpemproses hendaklah dipenuhi sepenuhnya dengan syarat bahawa persetujuan subpemprosesan antara pengimport data dan subpemproses menyediakan sekurang-kurangnya tahap perlindungan data yang dikehendaki di bawah Perjanjian Dropbox Business.
  3. Liabiliti. Fasal ini akan tertakluk kepada batasan dan pengecualian liabiliti yang terkandung dalam bahagian “Batasan Liabiliti” daripada Perjanjian Dropbox Business, yang mana jumlah liabiliti pengimport data dan Dropbox International Unlimited Company, secara agregat, tidak akan melebihi batasan yang ditetapkan dalam Perjanjian Dropbox Business. Bagi mengelakkan keraguan, pengeksport data tidak berhak untuk membuat tuntutan daripada pengimport data dan Dropbox International Unlimited Company berhubung dengan kerugian yang sama.

Lampiran 1 Fasal Kontrak Standard

Lampiran ini membentuk sebahagian daripada Fasal dan harus dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak.

Negara Ahli boleh melengkapkan atau menentukan, mengikut prosedur negara mereka, sebarang maklumat tambahan yang perlu terkandung dalam Lampiran ini.

Pengeksport data

Pengeksport data ialah (sila nyatakan secara ringkas aktiviti anda yang berkaitan dengan pemindahan):

Pelanggan kepada Perjanjian Dropbox Business dengan Dropbox International Unlimited Company.

Pengimport data

Pengimport data ialah (sila nyatakan secara ringkas aktiviti yang berkaitan dengan pemindahan):

Dropbox, Inc., sebuah pembekal perkhidmatan awan antarabangsa untuk individu dan perniagaan. Dropbox, Inc., dan sekutu-sekutunya menyediakan laman web, perisian dan aplikasi mudah alih yang membolehkan orang ramai untuk menyimpan fail, menyelaras fail ke pelbagai peranti, dan bekerjasama dengan orang lain. Perkhidmatan Dropbox, Inc. juga boleh diakses melalui Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API).

Subjek data

Data peribadi yang dipindahkan melibatkan kategori subjek data yang berikut (sila nyatakan):

Pengeksport data dan pengguna akhir sekutu pengeksport data termasuk pekerja, perunding dan kontraktor pengeksport data, serta mana-mana individu yang bekerjasama atau berkongsi dengan pengguna akhir ini menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pengimport data.

Kategori data

Data peribadi yang dipindahkan melibatkan kategori data yang berikut (sila nyatakan):

Pengguna akhir mengenal pasti maklumat dan data organisasi (dalam dan luar talian) serta dokumen, imej dan kandungan lain atau data dalam bentuk elektronik yang disimpan atau dihantar oleh pengguna akhir melalui perkhidmatan pengimport data.

Pengendalian pemprosesan

Data peribadi yang dipindahkan akan tertakluk kepada aktiviti pemprosesan asas yang berikut (sila nyatakan):

Pengimport data atau subpemprosesnya akan menggunakan dan memproses data peribadi dan pengeksport data akan mengarahkan pengimport data untuk menggunakan dan memproses data peribadi untuk menyediakan Perkhidmatan di bawah Perjanjian Dropbox Business.


Lampiran 2 Fasal Kontrak Standard

Lampiran ini membentuk sebahagian daripada Fasal dan harus dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak.

Penerangan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang dilaksanakan oleh pengimport data menurut Fasal 4(d) dan 5(c) (atau dokumen/perundangan dilampirkan):

Hubungan Privasi Data

Pegawai privasi data bagi pengimport data boleh dihubungi di privacy@dropbox.com

Langkah Keselamatan

Pengimport data telah melaksanakan dan akan mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi seperti yang dinyatakan lebih lanjut dalam Kertas Putih Keselamatan Dropbox Business (tersedia bermula pada Tarikh Berkuat Kuasa di: https://www.dropbox.com/…/Security_Whitepaper.pdf) dan selain itu yang dinyatakan di bawah. Pengimport data boleh mengemas kini langkah-langkah keselamatan ini dari masa ke masa, dengan versi terkini boleh didapati di URL di atas (atau URL lain seperti yang diberi oleh pengimport data), bagaimanapun dengan syarat bahawa pengimport data akan memaklumkan pengeksport data jika pengimport data mengemas kini langkah-langkah keselamatan dalam cara yang mengurangkan ciri-ciri keselamatan pentadbiran, teknikal atau fizikal secara material yang diterangkan di dalamnya atau dalam Lampiran 2 ini.

  1. Keselamatan Perkhidmatan
    1. Seni Bina Dropbox. Perkhidmatan pengimport data direka bentuk dengan pelbagai lapisan perlindungan, meliputi pemindahan data, penyulitan, konfigurasi rangkaian dan kawalan tahap aplikasi yang diagihkan ke seluruh infrastruktur boleh skala dan selamat. Pengguna akhir perkhidmatan pengimport data boleh mengakses fail dan folder pada bila-bila masa daripada klien desktop, web dan mudah alih. Semua klien ini bersambung ke perkhidmatan yang selamat untuk menyediakan akses kepada fail, membenarkan perkongsian fail bersama orang lain, dan mengemas kini peranti yang dipautkan apabila fail ditambah, diubah atau dihapuskan. Perkhidmatan ini boleh digunakan dan diakses melalui beberapa antara muka. Setiap satu mempunyai tetapan dan ciri-ciri keselamatan yang memproses dan melindungi data sementara memastikan kemudahan akses.
    2. Kebolehpercayaan. Perkhidmatan pengimport data dibangunkan dengan pelbagai lewahan lapisan untuk melindungi daripada kehilangan data dan memastikan ketersediaan.
    3. Penyulitan. Untuk melindungi data dalam transit antara pengeksport data dan pengimport data, pengimport data menggunakan Secure Sockets Layer (SSL)/Transport Layer Security (TLS) untuk pemindahan data, mencipta terowong selamat yang dilindungi oleh penyulitan Advanced Encryption Standard (AES) 128 bit atau lebih tinggi. Data fail Dropbox ketika rehat disulitkan menggunakan penyulitan AES 256 bit. Infrastruktur pengurusan kekunci penyulitan pengimport data direka dengan kawalan keselamatan pengendalian, teknikal dan prosedur dengan akses langsung yang amat terhad kepada kekunci. Penjanaan, penukaran dan penyimpanan kekunci penyulitan diagihkan untuk pemprosesan ternyahpusat.
    4. Ciri-ciri Pengurusan Pengguna. Pengguna akhir perkhidmatan pengimport data mempunyai keupayaan untuk memulihkan fail yang hilang dan memulihkan versi fail terdahulu, memastikan perubahan terhadap fail itu boleh dijejak dan diperolehi semula. Perkhidmatan pengimport data membolehkan penggunaan prosedur pengesahan dua langkah yang menambah lapisan perlindungan tambahan.
    5. Pusat Data. Sistem korporat dan pengeluaran pengimport data ditempatkan di pusat data organisasi subperkhidmatan pihak ketiga yang terletak di Amerika Syarikat. Pengimport data menyemak semua laporan Service Organization Control (SOC) 1 dan/atau SOC 2 pusat data organisasi subperkhidmatan sekurang-kurangnya setiap tahun untuk kawalan keselamatan yang mencukupi.
  2. Keselamatan Maklumat.
    1. Dasar. Pengimport data telah menubuhkan satu set dasar keselamatan menyeluruh yang meliputi bidang keselamatan maklumat, keselamatan fizikal, tindak balas insiden, akses logik, akses pengeluaran fizikal, pengurusan perubahan dan sokongan. Dasar-dasar ini disemak dan diluluskan sekurang-kurangnya setiap tahun. Kakitangan pengimport data akan dimaklumkan tentang kemas kini terhadap dasar-dasar ini dan diberikan latihan keselamatan.
    2. Dasar dan Akses Kakitangan. Dasar dalaman pengimport data mewajibkan prosedur keahlian yang menyertakan pemeriksaan latar belakang (seperti yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan), perakuan dasar keselamatan, menyampaikan kemas kini terhadap dasar keselamatan, dan perjanjian kerahsiaan. Semua akses kakitangan akan segera dibuang apabila pekerja atau kontraktor meninggalkan syarikat. Pengimport data menggunakan kawalan akses teknikal dan dasar dalaman untuk menghalang pekerja atau kontraktor daripada sewenang-wenangnya mengakses data fail dan untuk menyekat akses kepada metadata dan maklumat lain mengenai akaun pengguna akhir. Dalam usaha untuk melindungi privasi dan keselamatan pengguna akhir, hanya sebilangan kecil pekerja atau kontraktor mempunyai akses kepada persekitaran di mana fail pengguna akhir disimpan. Rekod permohonan akses, pertimbangan dan kelulusan direkodkan oleh pihak pengurusan dan akses akan diberi oleh individu yang sewajarnya.
    3. Keselamatan Rangkaian. Pengimport data menyelenggara teknik keselamatan dan pemantauan rangkaian yang direka untuk menyediakan pelbagai lapisan perlindungan dan pertahanan. Pengimport data menggunakan teknik perlindungan piawaian industri, termasuk tembok api, pemantauan keselamatan rangkaian, dan sistem pengesanan pencerobohan bagi memastikan hanya trafik yang layak dapat mencapai infrastruktur pengimport data.
    4. Pengurusan Perubahan. Pengimport data memastikan bahawa perubahan berkaitan keselamatan telah ditauliahkan sebelum pelaksanaan ke dalam persekitaran pengeluaran. Perubahan kod sumber dimulakan oleh pembangun yang ingin membuat peningkatan kepada aplikasi atau perkhidmatan pengimport data. Perubahan terhadap infrastruktur pengimport data adalah terhad kepada kakitangan yang bertauliah sahaja. Perubahan terhadap tahap aplikasi perkhidmatan dikehendaki untuk melalui prosedur ujian jaminan mutu ("QA") automatik untuk mengesahkan bahawa syarat keselamatan dipenuhi. Penyelesaian prosedur QA yang berjaya membawa kepada pelaksanaan perubahan.
    5. Pematuhan. Pengimport data, pembekal pusat datanya, dan pembekal perkhidmatan terurusnya kerap menjalani audit keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak ketiga berkecuali. Pengimport data akan terus mengambil bahagian dalam audit ISO/IEC 27001:2013 dan ISO/IEC 27018:2014 berkala. Pengimport data turut menyemak laporan SOC 1 dan/atau SOC 2 untuk semua organisasi subperkhidmatan. Sekiranya laporan SOC 1 dan/atau SOC 2 organisasi subperkhidmatan tidak disediakan, pengimport data melakukan lawatan tapak keselamatan untuk mengesahkan kawalan keselamatan fizikal, persekitaran, dan pengendalian yang berkenaan memenuhi kriteria kawalan dan syarat kontrak. Pengimport data menilai pensijilan dan perakuan pematuhan tambahan, seperti yang disediakan kepada pengimport data oleh pembekal subperkhidmatan, secara berterusan.
  3. Keselamatan Fizikal
    1. Infrastruktur. Akses fizikal kepada fasiliti organisasi subperkhidmatan di mana sistem pengeluaran berada adalah terhad kepada kakitangan yang dibenarkan oleh pengimport data, seperti yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi tugas mereka. Mana-mana individu yang memerlukan akses tambahan kepada fasiliti persekitaran pengeluaran akan diberi akses itu melalui kelulusan oleh pihak pengurusan yang sewajarnya.
    2. Pejabat. Pengimport data mengekalkan pasukan keselamatan fizikal yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan dasar keselamatan fizikal dan menyelia keselamatan pejabat-pejabat korporat data pengimport. Akses kepada kawasan yang mengandungi perkhidmatan korporat adalah terhad kepada kakitangan yang dibenarkan melalui peranan yang lebih tinggi yang diberikan melalui sistem akses lambang.

Nota kaki

  1. Pihak-pihak boleh menghasilkan semula pentakrifan dan pengertian yang terkandung dalam Arahan 95/46/EC dalam Fasal ini jika mereka menganggapnya lebih baik untuk kontrak berdiri sendiri.
  2. Syarat mandatori undang-undang negara yang dikenakan kepada pengimport data yang tidak melampaui apa yang diperlukan dalam masyarakat demokratik berdasarkan salah satu kepentingan yang disenaraikan dalam Perkara 13(1) Arahan 95/46/EC, iaitu, jika ia menubuhkan langkah yang diperlukan untuk melindungi keselamatan negara, pertahanan, keselamatan awam, pencegahan, penyiasatan, pengesanan dan pendakwaan kesalahan jenayah atau berkenaan pelanggaran etika untuk profesion terkawal, kepentingan ekonomi atau kewangan Negara atau perlindungan subjek data atau hak dan kebebasan orang lain, yang tidak bertentangan dengan fasal kontrak standard. Beberapa contoh syarat mandatori seperti itu yang tidak melampaui apa yang diperlukan dalam masyarakat demokratik adalah, antara lain, sekatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, syarat pelaporan cukai atau syarat pelaporan antipengubahan wang haram.
  3. Syarat ini boleh dipenuhi oleh subpemproses yang sama-sama menandatangani kontrak yang dibuat antara pengeksport data dan pengimport data di bawah Keputusan ini.

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Dasar DMCA Dropbox

Dropbox (“Dropbox”) menghormati hak milik intelektual orang lain dan menghendaki penggunanya untuk melakukan yang sama. Selaras dengan Digital Millennium Copyright Act bagi tahun 1998, yang mana teksnya boleh didapati di laman web Pejabat Hak Cipta A.S. di http://www.copyright.gov/legislation/dmca.pdf, Dropbox akan memberi respons dengan pantas terhadap dakwaan pelanggaran hak cipta yang dilakukan menggunakan perkhidmatan Dropbox dan/atau laman web Dropbox (“Tapak”) jika dakwaan tersebut dilaporkan kepada Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox yang dikenal pasti dalam notis contoh di bawah.

Jika anda adalah pemilik hak cipta, dibenarkan untuk bertindak bagi pihak pemilik, atau dibenarkan untuk bertindak di bawah sebarang hak eksklusif di bawah hak cipta, sila laporkan dakwaan pelanggaran hak cipta yang berlaku pada atau melalui Tapak dengan melengkapkan Notis Dakwaan Pelanggaran DMCA berikut dan menghantarkannya ke Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox. Selepas menerima Notis seperti yang diterangkan di bawah, Dropbox akan mengambil apa-apa tindakan, mengikut budi bicaranya sendiri, yang dianggap sesuai, termasuk pembuangan kandungan yang dicabar daripada Tapak.

Notis Dakwaan Pelanggaran DMCA ("Notis")

  1. Kenal pasti karya hak cipta yang anda dakwa telah dilanggar, atau - jika karya berhak cipta telah diliputi oleh Notis ini - anda boleh memberi senarai wakil karya berhak cipta yang anda dakwa telah dilanggar.

  2. Kenal pasti bahan atau pautan yang anda dakwa melanggar (atau menjadi bahan bagi aktiviti yang melanggar) dan yang akses kepadanya telah dinyahdayakan, termasuk pada minimum, jika berkenaan, URL pautan yang dipaparkan di Tapak atau lokasi sebenarnya di mana bahan tersebut boleh didapati.

  3. Berikan ahli gabungan syarikat anda (jika berkenaan), alamat mel, nombor telefon, dan, jika ada, alamat e-mel.

  4. Masukkan kedua-dua pernyataan yang berikut dalam isi Notis itu:
    • “I hereby state that I have a good faith belief that the disputed use of the copyrighted material is not authorized by the copyright owner, its agent, or the law (e.g., as a fair use).” (“Saya dengan ini menyatakan bahawa saya mempunyai kepercayaan dengan niat baik bahawa pertikaian penggunaan bahan hak cipta tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang (contohnya, sebagai penggunaan yang adil).”)

    • “I hereby state that the information in this Notice is accurate and, under penalty of perjury, that I am the owner, or authorized to act on behalf of, the owner, of the copyright or of an exclusive right under the copyright that is allegedly infringed.” (“Saya dengan ini menyatakan bahawa maklumat dalam Notis ini adalah tepat dan, di bawah hukuman sumpah bohong, bahawa saya merupakan pemilik, atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik, hak cipta atau hak eksklusif di bawah hak cipta yang didakwa telah dilanggar.”)

  5. Berikan nama penuh anda yang sah dan tandatangan elektronik atau fizikal anda.

Hantarkan Notis ini, dengan semua item dilengkapkan, kepada Ejen Hak Cipta Khusus Dropbox:

Copyright Agent
Dropbox Inc.
333 Brannan Street
San Francisco, CA 94107
copyright@dropbox.com

Terjemahan ini disediakan untuk kemudahan sahaja, dan versi bahasa Inggeris akan digunakan jika berlaku sebarang percanggahan.

Dasar Penggunaan Dropbox Yang Boleh Diterima

Dropbox digunakan oleh jutaan orang, dan kami berbangga dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Sebagai balasan, kami percaya anda menggunakan perkhidmatan kami dengan penuh tanggungjawab.

Anda bersetuju untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan Dropbox ("Perkhidmatan") atau membantu orang lain untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, anda tidak boleh cuba melakukan mana-mana yang berikut berhubung dengan Perkhidmatan:

  • menyiasat, mengimbas, atau menguji kelemahan mana-mana sistem atau rangkaian;
  • pelanggaran atau sebaliknya memintasi sebarang langkah keselamatan atau pengesahan;
  • mengakses, mengusik, atau menggunakan kawasan atau bahagian Perkhidmatan yang bukan untuk umum, atau kawasan Perkhidmatan kongsian yang anda tidak diundang;
  • mengganggu atau mengendalakan sebarang pengguna, hos, atau rangkaian, sebagai contoh dengan menghantar virus, pemuatan yang berlebihan, pembanjiran, penspaman, atau pengeboman mel pada mana-mana bahagian Perkhidmatan;
  • mengakses, mencari, atau mencipta akaun untuk Perkhidmatan dengan sebarang cara lain daripada antara muka kami yang disokong secara awam (contohnya, "mengikis" atau mencipta akaun secara pukal);
  • menghantar komunikasi yang tidak diminta, promosi atau iklan, atau spam;
  • menghantar maklumat yang diubah, memperdaya atau kenal pasti bersumber palsu, termasuk "spoofing" atau "phishing";
  • menggalakkan atau mengiklankan produk atau perkhidmatan selain milik anda sendiri tanpa pengesahan yang sewajarnya;
  • menyalahgunakan rujukan atau promosi untuk mendapatkan lebih banyak ruang simpanan daripada yang berhak diterima;
  • memintas had ruang simpanan;
  • menjual Perkhidmatan melainkan dibenarkan untuk berbuat demikian;
  • menyiar atau berkongsi bahan lucah atau tidak sopan yang melanggar undang-undang, atau yang mengandungi aksi ganas yang melampau;
  • menyokong ketaksuban atau kebencian terhadap mana-mana orang atau sekumpulan orang berdasarkan bangsa, agama, etnik, jantina, identiti jantina, kecenderungan seksual, kehilangan upaya, atau kecacatan mereka;
  • melanggar undang-undang dalam apa jua cara, termasuk menyimpan, menyiar atau berkongsi bahan yang palsu, fitnah, atau mengelirukan; atau
  • melanggar privasi atau melanggar hak orang lain.